[DAY 0] 6/9/2017: sehari sebelum operate
sebelum ni dah kol pn.rohana utk confirm insurans semua dan sy dimaklumkan perlu check in hospital pantai bangsar antara pukul 3pm-7pm. Sila sediakan barang2 seperti berikut sebelum check in:
1. Tuala besar - untuk lap2 badan
2. Kain batik/ Baju
- untuk pakai lepas operate (hospital xsediakan baju macam dalam drama korea itu. tapi kalau nk pakai jugak baju pesakit, bolehlah sewa dengan hospital. diorang akan cas masa payment nnt.
3. Seluar haji/umrah - cawat besar
4. tudung sarung
5. toiletries
6. pad
7. Laptop & hardisk cerita2
8. surat admission yg pn rohana dah bagi sebelum ni.
9. IC sendiri & IC husband
10. Duit deposit RM100 - boleh bayar cash @ guna credit card, akan dipulangkan balik masa check out
5.00pm: sy dan en.husband smpai dalam pukul 5pm macam tu di perkarangan hospital dan ktorang terus cari parking kereta kat basement.. rate parking kereta adalah rm3/jam @ maximum rm10 utk sehari.kira ok lah tu utk en.husband/ family yg nak menunggu tu kan.
selesai cari parking, kami pergi ke admission center utk submit segala borang2 yg dah siap isi (utk yg guna insurans). ktorang request bilik single tp xdapat, sebab semua bilik single dah penuh. tapi ktorang dah pesan utk booking siap2 kalau ada bilik single yg kosong sebab senang nnt. kalau bilik single en.husband boleh teman sekali, kalau bilik 2 org, en.husband kena balik.
lepas dah setel bab bilik2 tu, ktorg pon pegi la tunggu di waiting lounge sebelum di bawa ke bilik. kami tunggu lebih kurang 1 jam jugak lah.. mungkin diorg tengah prepare bilik. tu yg lama tu.. sape2 nk beli2 makanan, boleh lah beli utk ngap sebelum berpantang nnt.
6.00pm: tengah sebok2 makan kat waiting lounge tu, tiba2 ada org panggil nama, pn xxxxx kami pon dibawa ke aras 3 utk ditunjukkan bilik. sampai di kaunter aras 3, nurse cek berat dan tukang tunjuk jalan pon bawa kami ke bilik dan tolong ejas2 katil. lepas tu kami minta kebenaran nurse untuk keluar amik barang2 dalam kereta kejap. nurse tu pesan, jangan lama sangat sbb nnt nak buat check2 sikit n doktor ada nk dtg tgok jugak.. sebelum kluar pegi amik barang, nurse pakaikan gelang nama dulu takut kita hilang kot... hehehe
![]() |
gelang tangan hospital |
![]() |
makan malam 6/9/17-set nasi tomato &ayam masak merah |
![]() |
bacaan normal okeyyy..nurse yg kata |
8.40pm: Oleh sebab malam ni malam last boleh makan pelik2 sebelum kena puasa n pantang, kami pon keluar makan2 di A&W depan ancorp mall (dlm 15min je) memandangkan semua kedai makan kat hospital ni dah tutup. tapi,sebelum keluar jangan lupa inform nurse, cakap nak keluar kejap. kang diorg cari kita pulak..
10.00pm: kami balik semula ke bilik wad dalam pukul 10 dan en.husband terpaksa balik rumah sebab dia tak boleh tunggu (bilik sharing kan)
12.01am: start puasa makan dan minum untuk persediaan operation esok....
Salam..
ReplyDeleteNak tanya untuk buat rawatan pembedahan ni , Puan amik jenis insurans apa ya? Saya maybe perlu buat laporoscopy jugak, tapi saya belum ambil apa2 insurans. Nak tanggung kos sendiri takut diluar kemampuan :')
insurans dari tempat keje.. pm care. kalau bayar sendiri, kalau xsalah rm10k.
DeleteBila dah boleh mandi ye lepas operation betulkan tempat jahitan tu tak boleh kena air
ReplyDelete