kami gerak dari rumah dalam pukul 0900pg (saje gerak lambat utk elak jam) dan sampai dalam pukul 0940pg lebih kurang. jalan ok. xdak jam..😄
macam biasa, letak kad appointment di pendaftaran dan tunggu nama dipanggil. dalam 1100am nama dipanggil. proses cek berat n cek blood pressure. sambil2 tu terperasan ada tampalan rate harga appointment di klinik hamid arshat. ni sy tepek sikit utk rujukan kita semua...
![]() |
rate harga appointment klinik hamid arshat 2017 |
lepas dah ambil berat n cek blood pressure, nurse bawak ke bilik no10 untuk cek n bukak jahitan. nurse kate "luka dah kering n boleh buka dah benang jahit tu". sy dalam otak dok pikir, "nurse ni bukak balik jahitan ke?? adoila..." tapi dia bukan bukak semua pon, bukak yg hujung tu je.. tempat dr. simpul jahitan tu dan xrasa sakit pon. just sejuk2 sebab nurse sapu ape ntah sebelum bukak benang tu.. kesimpulannya x sakit lah. jangan risau.😎
sambil2 tu nurse tu tanya, period x? sbb selalunya akan period lepas operation. bila tarikh periodnya, bergantung kepada individu punya cycle period.
next, dah siap proses bukak benang, nurse tu pon terang2 sikit proses lepas ni macam mana.. sy buat ringkasan la ye, senang.. hehehe..
pesanannya nurse untuk selepas pembedahan laparoscopy adalah seperti berikut:
1. makanan selepas operation
(sekurang-kurangnya bertahan lah sehingga 1 bulan pertama selepas operate)
- kurangkan junk food
- minum air putih banyak
- JANGAN makan gel ikan haruan (sila makan ikan haruan yg sebenar.. bukan yg dah process)
- JANGAN makan makanan bergoreng (kalau nk sgt makan yg goreng2, sila guna olive oil)
2. sebulan lepas operate
- buat kerja ringan2 je.. nk kemas2 rumah boleh, tapi xpayah la bersungguh sangat sampai nk menyental2 pulak.. luka yg dlm tu blom baik lg walaupun luka kat luar tu dah kering
3. 3 bulan lepas operate:
- xboleh angkat benda berat
4. waktu period
- makan banyak nenas
- tuam perut waktu period. stop tuam bila masuk waktu subur (cd13 keatas)
- makan banyak nenas
- tuam perut waktu period. stop tuam bila masuk waktu subur (cd13 keatas)
6. kalau period delay, cek UPT. kalau positif, kol klinik utk buat appointment dgn dr hamid. Dr akan bagi ubat utk kuatkan rahim
7. kalau UPT negatif, sila ulang pesanan no.4 & no.5 sehingga jumpa next appointment dgn dr.hamid (next appointment adalah 2 bulan selepas operation-tarikh tu kita terus booking waktu payment visit ini)
ubat kali ni:
1. acid folic - 2biji (pagi)
2. livovid - 1biji (pagi), 1biji (malam)
total kos: RM45
No comments:
Post a Comment