Wednesday, 20 June 2018

1st appointment selepas laparoscopy

21/9/2017: hari yg ditunggu telah tiba untuk cek status jahitan operation haritu.

kami gerak dari rumah dalam pukul 0900pg (saje gerak lambat utk elak jam) dan sampai dalam pukul 0940pg lebih kurang. jalan ok. xdak jam..😄

macam biasa, letak kad appointment di pendaftaran dan tunggu nama dipanggil. dalam 1100am nama dipanggil. proses cek berat n cek blood pressure. sambil2 tu terperasan ada tampalan rate harga appointment di klinik hamid arshat. ni sy tepek sikit utk rujukan kita semua...

rate harga appointment klinik hamid arshat 2017

lepas dah ambil berat n cek blood pressure, nurse bawak ke bilik no10 untuk cek n bukak jahitan. nurse kate "luka dah kering n boleh buka dah benang jahit tu". sy dalam otak dok pikir, "nurse ni bukak balik jahitan ke?? adoila..." tapi dia bukan bukak semua pon, bukak yg hujung tu je.. tempat dr. simpul jahitan tu dan xrasa sakit pon. just sejuk2 sebab nurse sapu ape ntah sebelum bukak benang tu.. kesimpulannya x sakit lah. jangan risau.😎
sambil2 tu nurse tu tanya, period x? sbb selalunya akan period lepas operation. bila tarikh periodnya, bergantung kepada individu punya cycle period.

next, dah siap proses bukak benang, nurse tu pon terang2 sikit proses lepas ni macam mana.. sy buat ringkasan la ye, senang.. hehehe..

pesanannya nurse untuk selepas pembedahan laparoscopy adalah seperti berikut:

1. makanan selepas operation
    (sekurang-kurangnya bertahan lah sehingga 1 bulan pertama selepas operate)
     - kurangkan junk food
     - minum air putih banyak
     - JANGAN makan gel ikan haruan (sila makan ikan haruan yg sebenar.. bukan yg dah process)
     - JANGAN makan makanan bergoreng (kalau nk sgt makan yg goreng2, sila guna olive oil)

2. sebulan lepas operate
     - buat kerja ringan2 je.. nk kemas2 rumah boleh, tapi xpayah la bersungguh sangat sampai nk                menyental2 pulak.. luka yg dlm tu blom baik lg walaupun luka kat luar tu dah kering

3. 3 bulan lepas operate:
     - xboleh angkat benda berat

4. waktu period
     - makan banyak nenas
     - tuam perut waktu period. stop tuam bila masuk waktu subur (cd13 keatas)

5. boleh start bersama bermula cd13 sehingga cd23 (10hari). selang sehari.

6. kalau period delay, cek UPT. kalau positif, kol klinik utk buat appointment dgn dr hamid. Dr akan bagi ubat utk kuatkan rahim

7. kalau UPT negatif, sila ulang pesanan no.4 & no.5 sehingga jumpa next appointment dgn dr.hamid (next appointment adalah 2 bulan selepas operation-tarikh tu kita terus booking waktu payment visit ini)

ubat kali ni:
1. acid folic - 2biji (pagi)
2. livovid - 1biji (pagi), 1biji (malam)

total kos: RM45

Thursday, 5 October 2017

pengalaman laparoscopy dr hamid arshat (Day 0- sehari sebelum operate)


[DAY 0] 6/9/2017: sehari sebelum operate

sebelum ni dah kol pn.rohana utk confirm insurans semua dan sy dimaklumkan perlu check in hospital pantai bangsar antara pukul 3pm-7pm. Sila sediakan barang2 seperti berikut sebelum check in:

1. Tuala besar - untuk lap2 badan
2. Kain batik/ Baju
     - untuk pakai lepas operate (hospital xsediakan baju macam dalam drama korea itu. tapi kalau nk           pakai jugak baju pesakit, bolehlah sewa dengan hospital. diorang akan cas masa payment nnt.
3. Seluar haji/umrah - cawat besar
4. tudung sarung
5. toiletries
6. pad
7. Laptop & hardisk cerita2
8. surat admission yg pn rohana dah bagi sebelum ni.
9. IC sendiri & IC husband
10. Duit deposit RM100 - boleh bayar cash @ guna credit card, akan dipulangkan balik masa check out

5.00pm: sy dan en.husband smpai dalam pukul 5pm macam tu di perkarangan hospital dan ktorang terus cari parking kereta kat basement.. rate parking kereta adalah  rm3/jam @ maximum rm10 utk sehari.kira ok lah tu utk en.husband/ family yg nak menunggu tu kan.

selesai cari parking, kami pergi ke admission center utk submit segala borang2 yg dah siap isi (utk yg guna insurans).  ktorang request bilik single tp xdapat, sebab semua bilik single dah penuh. tapi ktorang dah pesan utk booking siap2 kalau ada bilik single yg kosong sebab senang nnt. kalau bilik single en.husband boleh teman sekali, kalau bilik 2 org, en.husband kena balik.
lepas dah setel bab bilik2 tu, ktorg pon pegi la tunggu di waiting lounge sebelum di bawa ke bilik. kami tunggu lebih kurang 1 jam jugak lah.. mungkin diorg tengah prepare bilik. tu yg lama tu.. sape2 nk beli2 makanan, boleh lah beli utk ngap sebelum berpantang nnt.

6.00pm: tengah sebok2 makan kat waiting lounge tu, tiba2 ada org panggil nama, pn xxxxx kami pon dibawa ke aras 3 utk ditunjukkan bilik. sampai di kaunter aras 3, nurse cek berat dan tukang tunjuk jalan pon bawa kami ke bilik dan tolong ejas2 katil. lepas tu kami minta kebenaran nurse untuk keluar amik barang2 dalam kereta kejap. nurse tu pesan, jangan lama sangat sbb nnt nak buat check2 sikit n doktor ada nk dtg tgok jugak.. sebelum kluar pegi amik barang, nurse pakaikan gelang nama dulu takut kita hilang kot... hehehe
gelang tangan hospital
6.30pm: selepas laju2 amik barang kat kereta, kami pon masuk bilik wad balik n solat asar. masa tu dah pukul 630pm dan tukang bawak makanan pon dtg bawak makanan malam.
makan malam 6/9/17-set nasi tomato &ayam masak merah
7.45pm: nurse datang amik darah dan cek blood pressure. pastu dia tanya detail untuk masukkan dalam borang operation nnt.

bacaan normal okeyyy..nurse yg kata
8.20pm: doktor bius (Dr.Nazri) datang untuk tengok keadaan kita dalam pukul 820pm. Dr nak tengok tempat nak cucuk masuk ubat bius je. pastu pesan kena mula puasa makan n minum start tengah malam sampai lepas pembedahan.

8.40pm: Oleh sebab malam ni malam last boleh makan pelik2 sebelum kena puasa n pantang, kami pon keluar makan2 di A&W depan ancorp mall (dlm 15min je) memandangkan semua kedai makan kat hospital ni dah tutup. tapi,sebelum keluar jangan lupa inform nurse, cakap nak keluar kejap. kang diorg cari kita pulak..

10.00pm: kami balik semula ke bilik wad dalam pukul 10 dan en.husband terpaksa balik rumah sebab dia tak boleh tunggu (bilik sharing kan)

12.01am: start puasa makan dan minum untuk persediaan operation esok....



Wednesday, 20 September 2017

bedah? nk teruskan ke???

ok. sebenarnya sy dah lama follow up dengan klinik hamid arshat ni.. sejak 2 tahun lepas rasanya. mungkin dalam hujung tahun 2015 (1st appointment dgn klinik hamid arshat). sy follow up semua dgn menantu dr hamid.... dr.aimi namanya

sy telah diberitahu oleh dr.aimi bahawa rahim sy ni terbalik (retrovert uterus) masa mula2 jumpa lg. tp dia akan cuba cara lain dulu sebelum last step iaitu bedah..macam2 dah dr.aimi ni tolong sy.. dari makan clomid sampai la buat iui.. tp belum sampai masanya lg untuk sy dapat rezeki anak..

next step lepas iui gagal, dr.aimi minta sy jumpa terus dgn dr.hamid.. lepas jumpa dr.hamid buat pertama kali, dr.hamid terus suggest sy utk buat pembedahan laparoscopy utk betulkan rahim sy.. sy pon dok pikir2 dgn husband sy.. "kita nk operate x ni? ke xyah eh??". tp akhirnya kami setuju utk booking tarikh dulu..

lepas tu kami berjumpa dgn pn rohana utk setkan tarikh dan uruskan insurans.. nasib company sy cover.. kalau x, mau kena sedia duit 10k-15k.. Alhamdulillah. sy dipermudahkan utk bahagian tu..
sy diberi tarikh utk jalankan pembedahan tersebut di hospital pantai bangsar pada 7/9/2017...

bermulalah sesi meng'google' pengalaman2 laparoscopy TTCian lain utk persediaan mental dan fizikal sy dan husband..💪

pengalaman sy masuk hospital

Tuesday, 19 September 2017

Limau ais ke barli ais?

Assalamualaikum dan salam sejahtera

ayat pertama yg makcik tulis utk blog ni.



semoga blog ini membawa manfaat kepada semuaaa...

1st appointment selepas laparoscopy

21/9/2017: hari yg ditunggu telah tiba untuk cek status jahitan operation haritu. kami gerak dari rumah dalam pukul 0900pg (saje gerak lam...